Rahsia Golden Ratio Fibonacci φ

Kali ni explore mengenai ciptaan Allah Ta'ala yang kita perlu lihat tanda-tandaNya supaya iman taqwa bertambah kukuh. Malah itulah suruhan Allah seperti firmanNya dalam surah Adh-Dhariyat ayat 20 -21 :

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga (tanda) pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkannya ?

Subhanallah dengan ilmu-ilmu yang sedikit ada hari ini kita dapat merungkai formula penciptaan ada pada Golden Ratio (φ) = Fibonacci 1.6180

 Contoh galaksi bintang dalam cakrawala alam :


Ia bukan sekadar di galaksi, malah ada juga persamaannya di dalam pelbagai bentuk di bumi seperti di bawah ini :


Bentuk Taufan


Bentuk Bunga


Bentuk Aliran Rambut Maupun Telinga



Dan sebenarnya golden ratio (φ) ini meliputi segenap bentuk design dalam diri manusia serta alam kerana mempunyai 'Pencipta' yang sama. Ini adalah jejak saintifik yang paling penting kerana membuktikan bahawa ada 'Pencipta' yang menggunakan formula yang sama dalam setiap penciptaanNya.


Rahsia DNA mempunyai golden ratio.


Jadi apakah asal usulnya Golden Ratio ?

Ia kembali kepada zaman emas kegemilangan Islam dengan tokoh matematik terkenal iaitu al khwarizmi sebagai Bapa Algebra. Beliau yang memperkenalkan formula algorithm moden hari ini dan digunakan oleh tokoh lain termasuk fibonacci sendiri.


Menarikkan ?

Ianya tak dapat lari daripada asal algorithm itu sendiri. Malah sekarang penemuan teknologi hari ini begitu sinonim dengan φ 

Antaranya adalah  logo rasmi Apple :

Malah dalam penciptaan lain seperti iCloud :


Persoalannya bagaimana invention di dalam Apple menggunakan formula fibonacci :




Nampaknya semua gergasi konglomerat dunia sudah tahu rahsia terbaik penciptaan Alam dan aplikasinya dalam setiap jenis produk mereka. Banyak lagi rahsia-rahsia algorithm yang ada di dalam software, apps, system hari ini yang pastinya merentasi zaman.

Firman ALLAH Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 269 : 

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ 

Allah menganugerahkan al hikmah (kebijaksanaan) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi banyak kebaikan. Dan hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang dapat mengambil hikmah pelajaran ini.


Adakah kita belajar sesuatu dengan al Quran ? 

Allah mengurniakan hikmah kebijaksanaan kepada hambaNya dan mereka yang rajin menuntut ilmu serta membuat kajian akan menemui rahsia-rahsia penciptaan termasuklah kiblat umat Islam di Kaabah Makkah sebagai Golden Ratio City di dunia.


Ini bukan dongeng. Malah sudah disebut dalam al-Quran bahawa Baitullah Kaabah Makkah itu adalah tempat yang diberkati dan dilindungi Allah seperti dalam Surah Ali 'Imran Ayat 96





Subhanallah.. Sebenarnya Golden Ratio sudah ada dalam al-Quran sejak ribuan tahun.

Cumanya kita tak gali rahsia-rahsia ilmu Allah ini dengan lebih serius.

Jika kita memahami 'hikmah' ini maka beruntunglah dalam kehidupan.

Semoga kita dapat mengenali lebih dekat Pencipta kita semua.

Kerana 'tanda-tanda' itu begitu jelas cuma perlukan sedikit usaha kita untuk menggali ilmu ini lebih banyak seperti yang kami jelaskan di dalam group telegram Coach Fahmy.

Bagi memudahkan pemahaman anda boleh lihat video Golden Ratio berkaitan Kaabah ini di bawah :


Hope ini akan membuka mata anda merenungi kebesaran dan kebenaran Islam sebagai sistem kehidupan yang berasaskan daripada Sang Pencipta Alam Yang Maha Agung !


3 ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.