Kuwait Finance House (KFH) : Sistem Hybrid Kewangan EMAS Terbaik Dunia


Ramai yang sudah beralih daripada Public Gold (PG) kepada KFH kerana sistemnya jauh lebih bagus dan tersusun. KFH adalah sebuah public listed company yang sahamnya diapungkan di Bursa Saham Kuwait dan kini mempunyai cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Kuwait Finance House (KFH) menyediakan sistem online emas untuk membeli emas di Internet di samping sistem perbankan kewangan yang mana biasa diamalkan di Malaysia. Ianya adalah sistem hybrid kerana kita akan dapat 2 akaun iaitu pertamanya akaun emas (gold-i) dan keduanya akaun simpanan (savings). Ianya memudahkan membeli dan menjual (buy/sell) mengikut harga semasa.

 

Apa yang menarik tentang emas KFH ini adalah kualitinya emas 995 dan jauh lebih tinggi daripada dinar emas biasa yang sekadar 916. Saya rasa ini adalah advantage penting dari segi nilai yang pastinya emas akan meningkat kadarnya memandangkan situasi ekonomi US dengan tahap siling hutangnya sudah tak terkawal. Manakala China, Germany, Russia sudah meningkatkan pegangan fizikal emas mereka jika berlakunya ketidaktentuan ekonomi maupun kejatuhan mega dollar pada bila-bila masa.

Kenapa KFH amat mudah dan praktikal ?
  1. Boleh beli atau jual emas secara online seminima 1 gram. 
  2. Tak perlu susah payah cari agent atau cari buyer kerana boleh jual semula emas kepada KFH mengikut harga semasa. Manakala boleh withdraw emas fizikal di mana-mana kaunter cawangan KFH.
  3. Kemudahan Kad Debit Visa KFH yang memberikan  10% cash back untuk kali pertama dan seterusnya 0.5% cash back penggunaan seterusnya.
  4. Tak perlu ar-Rahnu kerana KFH berikan servis simpan emasnya 100% percuma.
  5. Global online banking system yang mana kita boleh akses akaun emas di seluruh dunia dan membuat buy/sell maupun transfer money with Giro. Ini tidak ada pada mana-mana sistem emas lain di Malaysia setakat artikel ini ditulis.


Kenapa penting simpan emas ?

  1. Ianya adalah matawang Sunnah dan elakkan daripada debu-debu riba.
  2. Ketidaktentuan ekonomi dan nilai matawang jatuh maka emas adalah aset terbaik pelindung nilai dan kekayaan.
  3. Emas adalah kalis inflasi. Matawang akan kehilangan nilai dari tahun ke tahun. Kadar purata kenaikan emas lebih 20% setahun.
  4. Kempen sebulan 1 gram emas sebagai langkah praktikal berdepan krisis ekonomi yang sentiasa meruncing sejak dari tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998, 2009 dan 2012 akan sentiasa berulang.
Moga semua tip panduan emas KFH di atas akan dapat membantu kita lebih berjaya di dalam memiliki aset pelindung nilai kekayaan yang sebenar. Matawang kertas adalah satu illusi dan mudah dipermainkan spekulator malah kepincangan dalam sistem konvesional hari ini menyebabkan inflasi setiap tahun menjadikan nilai wang kertas semakin mengecil.

Selamatkan diri kita daripada riba dan urus kekayaan dengan emas lebih bijaksana.

Gold is the money of kings;
Silver is the money of gentlemen;
Barter is the money of peasants;
but debt is the money of slaves.
~ Norm Franz



Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.